Friday, September 19, 2008

Janji YB Dato Rahman Dahlan- Setelah hampir 4 bulan

Komen di blog beliau:

Apabila dulu Dato pernah mengatakan di ruangan komen blog ini bahawa Dato akan melawat kg Lingkodon, kota belud dalam masa terdekat dan sudah ada di dalam jadual Dato, khabar itu telah disebarkan kepada para penduduk kpg.

Semua org bercakap. Khabar itu seperti serius apabila Dato menyebut ttg 'sudah ada dlm jadual'. Tapi setelah 6 bulan berlalu, jadual itu tak juga kunjung tiba.

Nampaknya lawatan itu belum ditetapkan masanya walaupun kononnya sudah ditulis di dlm jadual lawatan. Janji MP kota belud tu org dah tau. Tapi dia tak juga kotakan. Teruskan buat2 lupa dan nama Dato akan terus menjadi busuk di kalangan pengundi UMNO di kpg lingkodon dan beberapa kpg sekitarnya. Kota belud terlalu kecil dan persaudaraan antara penduduknya terlalu akrab untuk membuatkan 'berita' ini terus disebarkan dari mulut ke mulut.


Selamat menjadi MP kota belud.









p/ss::::: Kita nantikan perkembangan selanjtnya...

Thursday, June 19, 2008

Komen susulan kepada YB Rahman

Terima kasih YB atas respon yang diberi. Maaf sebab lambat bagi respon sebab saya hanya dapat access internet di cyber cafe. Di kpg kami tak dpt internet sebab tiang telefon telekom hanya terhenti setakat di kpg sembirai sahaja.

Pertama sekali, minta maaf kalau ada antara komen2 lepas yang tersasar. Komen saya tu adalah hanya satu gambaran kecil kemarahan dan kemuakan perasaan penduduk kampung kami yang selama ini telah rasa tertipu dengan janji2. Tapi saya sedar yang YB tidak patut dipersalahkan sebab YB baru sahaja memegang jawatan ini.

YB, isu kemudahan asas adalah satu isu kritikal yang amat dekat dengan masyarakat. Air yang bersih diperlukan pada setiap hari. Jalan raya digunakan pada setiap hari dan penduduk memerlukan kemudahan perhubungan yg baik dan tidak ketinggalan dari perkembangan teknologi seperti yang dinikmati oleh rakyat malaysia yg lain.

Pasal bantuan2 org tua dan miskin yg diberikan kepada penduduk kami, terima kasih sebanyak2nya diucapkan dan kami bersyukur kepada Allah. Tetapi jgnlah pula hanya kerana itu, isu utama iaitu isu kemudahan asas dilupakan. Tatkala di smnjg penduduknya memperjuangkan isu2 korupsi dan isu2 besar yg lain, kasihan sungguh kita di sini masih bertekak soal isu kemudahan asas.

Saya tak nak berbincang mengenai isu politik nasional, lebih baik kita bincang isu kemudahan asas itu sahaja.

YB, jika perkara2 ini dpt YB selesaikan selama YB berkhidmat sbg MP KB ini, saya tidak akan melupai YB sampai ke penghujung hayat dan saya akan mempertahankan YB di hdpn rakan2 dan org kampung kerana YB telah berjasa yang amat besar kepada kami semua.

Semoga diberikan kekuatan selalu dan semoga dapat melaksanakan tugas dengan amanah dan cekap.

http://mpkotabelud.blogspot.com/2008/06/penjelasan-kerajaan-tentang-kenaikkan.html

Tuesday, June 10, 2008

Komen di blog YB Rahman Dahlan (Kota Belud P169)

Saya baru melawat blog ahli parlimen Kota belud Sabah, YB Rahman Dahlan.
Ini adalah komen yang saya tinggalkan. Tak pasti adakah komen ini disiarkan atau tidak. Yang pasti, dia akan membacanya. Tapi yang saya tak pasti, adakah dia akan mendengarnya dengan hati atau sekadar membiarkannya. Penduduk kota belud menunggu.

Saya setuju dengan saranan YB Salahuddin dari PAS. YB BN sepatutnya rasional dan bukannya menolak bulat2 saranan YB PAS hanya kerana berlainan parti. What a shame...

YB Rahman Dahlan, tq sbb ada blog ni. Boleh la sy maklumkan kepada yb tentang keadaan kampung kami, kampung lingkodon yang sudah berdekad menyokong kerajaan barisan nasional ini. Kesian sungguh saya dekat beliau2(org2 tua) di kpg kami. Masih juga setia menyokong BN ni sdgkan kemudahan asas seperti jalan raya dan air paip pun tidak disediakan. Jarak dengan pekan kota belud hanya dalam 3 km sahaja, tapi kemudahan asas pun tak lengkap.

Jangankan talian telekom, air pun kami terpaksa sambung sendiri ke bukit belakang kampung kami(guna air bukit). Puihh..memalukan!! Dah berapa penggal pegang pemerintahan tapi masih juga tak bela penduduk. Waktu undi bukan main lagi tunjuk muka minta undi. Bagi janji itu ini. Dah habis undi senyum sorang2 kumpul duit. Kami yang mau keluar pekan ni pun terpaksa jalan kaki sebab jalan kereta tak dapat lalu. Punya teruk ini kerajaan. Memang patut pun rakyat tolak. Tapi tak tahu macammana bole menang juga di sabah ni.

Kami tau la kampung kami tu ada orang2 biasa saja.orag2 tua yang suda lanjut umur. Tapi jangan lupa yang pasal sokongan diorang la BN terus berkuasa beberapa penggal di Parlimen Kota Belud (P169) ni. Kalau macam ini la punya kerajaan, kami generasi muda akan simpan BN atau UMNO ni dalam tong sampah pd masa depan. Tapi YB tak perlu bimbang sebab waktu kami angkat bendera pembangkang tu mungkin yb dah habis berkhidmat dah dan tak payah pikir politik dah sebab dah banyak duit waktu tu.

Hairan betul kami orang2 di KB macammana orang luar boleh menang di sini. Apalah agaknya yb selaku bukan org kb akan buat utk kami di sini ni. Nak tengok adakah kota belud khususnya kampung kami akan dapat pembelaan.

Jangan pula nanti YB terkejut waktu menonton buletin utama TV3 tiba2 isu ini dipaparkan dan nama ahli parlimennya disebut pemberita. Kalau di Kunak boleh, kenapa kota belud tidak.

http://mpkotabelud.blogspot.com/2008/06/penjelasan-kerajaan-tentang-kenaikkan.html

Thursday, May 15, 2008

Sabah negeri Kaya, Kenapa Penduduknya TERmiskin?

Kampung Lingkodon adalah satu kampung yang terletak di Kota Belud, Sabah. Terletak cuma lebih kurang 3 km dari pekan kota belud. Para pengundinya adalah pengundi yang mendaftar dan mengundi di bawah DUN Usukan dan Tempasuk. Manakala Parlimen pula adalah parlimen Kota Belud.

Untuk berpuluh tahun lampau sehingga hari ini, kawasan parlimen dan DUN ini dimenangi oleh parti Barisan Nasional. Penduduk kampung ini pula sebahagian besarnya merupakan pengundi setia parti BN. Dan hasil kerja keras mereka selama ini bersama rakan-rakan dari kampung-kampung jiran, Barisan Nasional atau spesifiknya UMNO tidak pernah kalah di kawasan ini semenjak dari beberapa musim pilihanraya lepas.

Namun begitu, setelah bertahun lamanya penduduk kampung ini terus meneruskan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN dan calon-calonnya apakah nasib penduduk kampung ini telah benar-benar dibela? Dalam blog ini, saya tidak mahu mempersoalkan atau membandingkan kpg lingkodon dengan bandar2 besar ataupun kawasan perumahan mewah di Selangor. Cukuplah sekadar saya mempersoalkan tentang kemudahan-kemudahan asas yang memang menjadi keperluan semua rakyat untuk meneruskan kehidupan dengan selesa. Saya mahu membangkitkan apakah semua kemudahan asas sudah diberikan dengan baik?

Setelah 50 tahun merdeka, penduduk Malaysia wajarnya sudah mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Kita faham sekiranya kemajuan-kemajuan lain belum dapat dimasukkan ke semua kampung buat masa ini. Tapi untuk kerajaan sekarang menjawab bahawa kemudahan-kemudahan asas masih belum dapat dibekalkan sepenuhnya ke semua kampung adalah suatu jawapan yang memalukan dan menyakitkan hati. Apakah negeri Sabah terlalu miskin dari hasil bumi? Bukankah Sabah salah satu dari negeri minyak di Malaysia selain Terengganu dan Sarawak? Tetapi kenapa 3 negeri ini setiap tahun diisytiharkan sebagai negeri termiskin di Malaysia. Yang paling miskin ialah Sabah, diikuti Terengganu, Perak dan Sarawak.

Saya sering memberikan jawapan bahawa kerajaan persekutuan umpama telah menjadikan negeri-negeri kaya ini sebagai sumber kewangan untuk membangunkan tempat lain. Kita satu negara, jadi kami di Sabah tiada masalah sekiranya hasil bumi Sabah juga digunakan untuk membangunkan tempat lain. Tapi adalah masalah besar sekiranya dalam mahu membangunkan tempat-tempat lain, negeri kami pula yang kekal termiskin di negara ini! Rakyat lain mewah tapi rakyat negeri ini papa kedana. Royalti minyak yang ditinggalkan untuk dinikmati oleh rakyat Sabah hanyalah tinggal 5%. Mana perginya 95%? Hasilnya, kami juga yang merana.

Tujuan utama blog ini diwujudkan sebenarnya adalah untuk fokus kepada kelemahan kerajaan BN ataupun calonnya membekalkan kemudahan asas yang baik di kampung kami selama mereka memerintah. Kami mahu perkara ini diperbaiki segera jika mereka benar-benar mahu membela rakyat dan sekiranya mereka terus dengan dalih dan alasan, tukar sahaja kerajaan ini dengan Pakatan Rakyat. Ayuh semua ahli parlimen, lompat Parti segera kalau mahu peruntukan lebih banyak untuk negeri ini. PR dah janjikan 20% royalti petroleum untuk Sabah iaitu 4 kali ganda dari nilai sekarang. Jangan jadi bodoh sangat untuk tolak peluang ini. Demi rakyat Sabah, peluang ini jangan ditolak. Saya wujudkan blog ni pun sebab menyuarakan kebuntuan dan suara penduduk kampung. Saya sendiri tak tahu mana saluran untuk menyuarakan pandangan ini. Jadi blog ini cara terbaik pada masa ini.

Pada post seterusnya, saya mahu menyentuh tentang 1)Kemudahan Jalan Raya 2)Perkhidmatan Air Paip Bersih 3)Talian telefon.
Biar rakan-rakan di semenanjung tahu hakikat sebenar di Sabah setelah UMNO berkuasa di sini selama lebih 4 penggal.